Wednesday, February 9, 2011

Dihujani Persoalan

Views
Zu selalu dapat persoalan ni " DULU JERAWAT TP KENAPA DAH HILANG KAT MUKA ZU"

Sememangnya jerawat juga adalah musuh ketat saya.

Dulu zu tya BC sblm membeli MK ni.., "Bolehkah Mary Kay bantu rawat masalah jerawat saya?"

Salah satu fakta yang memang mudah disalah ertikan adalah Mary Kay bukan ubat, jadi ia tidak boleh mengubati masalah jerawat. Dalam erti kata lain, produk Mary Kay yang sesuai boleh mengeringkan jerawat yang tumbuh di wajah tetapi ia tidak dapat menghentikan masalah jerawat.


Rutin penjagaan wajah perlu dilakukan setiap hari, sekurang-kurangnya dua kali sehari, di sebelah pagi dan petang/malam. Walaupun lapisah wajah sudah bersih, namun ini tidak menghalang jerawat dari tumbuh.

Dari mana datangnya jerawat? Tentulah dari lapisan bawah kulit. Jerawat tidak berada di udara dan kemudian bertepek pada kulit wajah.

Ada yang mengeluh, sesetengah produk mengaktifkan jerawat. Ini mungkin berlaku.

Tetapi lazimnya kotoran yang terperangkap bawah kulit akan dikeluarkan melalui pori (Liang-liang halus pada kulit). Lambat sahaja kotoran itu dibersihkan, ia akan menjadi jerawat ataupun bintik hitam atau putih yang berisi. Sedap sangat kalau dipicit!

Produk Mary Kay hanya dapat mengawal lebihan minyak ini. Walaubagaimana pun, tiada jaminan yang kulit kita bebas jerawat selepas memakai produk Mary Kay.

Namun, dari pengalaman peribadi, jerawat jarang singgah. Jika ada pun, ia tidak bertahan lama dan sering kering.

Walau apa pun jenis rawatan dilakukan, sentiasa biarkan kulit dalam keadaan lembap. Jadi pelembap itu penting.

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

No comments:

Post a Comment